HOME

Monday, June 24, 2013

first sem d.e.g.r.e.e


P.B.S

PPISMP sem1, sem2, sem3. . . berakhir foundation.Setelah beberapa semester berlalu, Alhamdulillah dengan kudrat yang Allah pinjamkan kpd sy, Berjayalah sy ke alam degree..  pada sem ini, akan ditugaskan untuk melaksanakan PBS.. fuh, hebat juga tugasan ini. Namun, atas nama amanah, sy perlu laksanakan juga. Dengan beberpa rakan lain (ogy, dayang, sy) maka kami mengisytiharkan sekolah yang kami akan pergi.

Welcome to SK PENAGATAN




Ni lah sekolah yang kami pilih menjadi tempat kami ber’PBS’.. Sekolah yang terletak di daerah keningau (daerah saya juga, Cuma saya tinggl tempat lain).




Sekolah yang indah! Dikelilingi oleh pemandangan yang cantik terletak tidak jauh dari Bandar keningau. Aman damai  tanpa sebarang gangguan pencemaran (pencemaran bunyi).

 sunyi ~ tenang ~ damai ~ indah~ aman ~


First time datang sekolah ni, saya sangat2 terharu dan rasa syukur sebab melihat sekolah ni. walaupun terletak di kawasan luar bandar (kira luar bndar juga kot) tapi masih ramai pelajar yang hadir ke sekolah dan masih didorong dengan semangat untuk belajar. Walaupun keadaan sekolah sama seperti sekolah saya dulu, tapi semangat mereka tidak luntur untuk memperjuangkan menuntut ilmu.



Belum tengok kepada cigu2.. Masa masuk kelas2 tengok guru2 sana mengajar, wah!! Boleh nampak semangat2 cigu2 sana masa  mengajar. Semangat yang menginginkan pelajar2 mereka menjadi pelajar yang cemerlang.


 Comel budak2 tahun 1 ni.  Dorang sedang belajar b.i


Cigu tu sdg mengajar math kalau x silap (thn 5)


pelajar ketika di pusat sumber


Namun, jauh di sudut hati rasa sedih dan terfikir bagaimana keadaan di tempat2 yg sedang berjuang untuk mempertahankan tempat menuntut ilmu dalam keadaan peperangan di sana sini.

Palestin ~~~

Cikgu : cikgu akan mengira kehadiran pada hari ini. Tsabit hadir?

Murid : syahid cikgu.

Cikgu : zubair hadir?

Murid : dia dan keluarga dah meninggal ditembak semalam cikgu.

Cikgu : Fatimah hadir?

Murid : dia dah syahid dalam perjalanan ke sekolah tadi cikgu!


MasyaALLAH.. betapa hebat anak2 murid ini. Walaupun insan ini tahu nyawa akan hilang saat kaki melangkah keluar rumah untuk menuntut ilmu, tapi semangat kental menuntut ilmu yg subur dalam diri mereka menyebbkan mereka tidak pernah kenal erti gentar. Hati mereka ada ALLAH, Jiwa mereka ada Al-Quran, akhlak mereka berpaksikan cinta  Rasulullah. Lalu, di mana kita?


Tidak perlu lihat jauh.. mungkin tidak perlu melihat  kepada anak murid di sekolah rendah,, Tanyalah pada diri kita yg kini mungkin berumur 19-23-25-27 ~ ~ ~ ~  Rugilah insan  yang tidak memandang nikmat untuk bersungguh2 menuntut ilmu sedangkan di sini (MAlAYSIA) kita sangat merasakan ketenangan (x perang pun).. namun pilihlah ilmu yang bermanfaat (iaitu ilmu yang apabila kita pelajari, kita semakin kenal Pencipta kita. Boleh berkorban kerana menuntut kemahuan Pencipta kita! )


Jiwa seorang anak murid yang ingin mengetahui dunia luar . .


Jika inilah jiwa anak2 (jiwa mengkaji kebenaran pada satu hari nanti), pasti terdidiklah mereka dengan kebenaran yang nyata.. Kebatilan PASTI LEnyap di muka bumi kerana yang ‘hak’ akan tertegak. .
Beginilah keadaan pusat sumber yang menjadi nadi kepada pelajar di SK PENAGATAN. Walaupun pusat sumber ini memiliki ruang yang agak kecil,  tapi tempat inilah yang berfungsi untuk menyediakan sumber2 bcaan kepada pelajar. Pusat sumber di sekolah ini memainkan peranan penting kepada banyak perkara..


PUSAT SUMBER SK PENAGATAN



Walaupun tempat ini kecil, tapi bagi pelajar di SK PENAGATAN, itulah tempat yang mampu memberikan mereka 1001 ilmu lain selain di kelas. Bagi saya, itulah tempat yang tercantik di sekolah tu.. ruang yang kecil namun masih mampu memberi kan keselesaan kepada kami yang duduk di Pusat Sumber kerana menyedari ruang bilik guru hanya mampu memuatkan guru2 asal sekolah tu. (  tapi best di sini ^_^  )


Alhamdulillah, bertuah sekolah ni sebab sekolah ni mementingkan fungsi pusat sumber. Rugi ja kalau ada pusat sumber tapi nda kena guna.. lagi bertuah sekolah ni sebab memiliki guru yang cekal dan tabah serta sentiasa kreatif dalam menjadikan pusat sumber ini berfungsi.

PADANG SK PENAGATAN




Walaupun kekurangan prasarana, tapi betul apa yg lecturer saya cakap, orang luar bandar ni tahan lasak (saya pun bangga juga sikit2 sbb lahir di luar Bandar dan dibesarkn di luar Bandar hehe J)..   tengok ja semangt dorg ni mau main masa kami jadi cikgu ganti kelas PJ (kebetulan cikgu tu pg iring budak pg pertandingan. Cigu tu pelatih dari IPG Keningau yang sedang praktikum di SK PENAGATAN)
Semangat yang masih mahu bersukan walaupun padang terdedah dengan bahaya, tapi bagi anak pelajar ni, pdang botak atau basah pun dorang x kisah, asalkan boleh main (tetiba teringat kampung).


Terpaksalah pelajar perempuan ni ikut kehendak lelaki yang mahu main bola sepak. Yg bertudung tu membantah x mw main bola sepak. Yg sorg lg tu beria2 pula,, pelajar llaki kata pelajr  perempuan pendek rambut tu mmg suka benda lasak.

ni masa buat kajian 
murid tahun 1 yang comel.


Tuesday, June 18, 2013

2 In 1



S.A.H.A.B.A.T

Jika kita faham dengan tujuan hidup kita di dunia,
kita akan inginkan diri kita lahir sebagai seorang yang memberi manfaat kepada insan lain kerana kata ustaz kat masjid dulu, apa yang kita berikan itulah milik(pahala)  kita.
Cuba bayangkan, apabila kita bersedekah (contoh ja) ,
yang kita dapat adalah pahala(jika ikhlas kerana ibadah kpd Allah) InsyaALLAH. ^_^
Bila kita memberi akan berkurangan tapi pahala yang kita dapat itu yang kekal insyaALLAH.
Sedangkan harta yang kita berikan tu tidak akan kekal di dunia.
AJAIBNYA sedekah! semakin BERSEDEKAH semakin KAYA! :) 

Walaupun apa yang kita berikan itu kecil di mata manusia
tapi tidak bermakna pemberian itu kecil di sisi Allah.. 
kerana sebagai seorang hamba yang hanya bergantung denganNYA,
jagalah pandangan ALLAH  kerana pandangan Allah lebih utama.
Allah said,

A007
A008




                        Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
 Az-Zalzalah 99:7-8 

Dalam menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain,
Kita akan perlukan Insan ‘lain’ yang dapat sama2 memimpin TANGAN kita andai terjatuh,
menyedarkan kita andai tersasar dari landasanNYA .
Allah menghantar ‘insan’ sebagai orang tengah agar ‘hati’ kita kepadaNYA x pudar
malah semakin bertambah subur.
Dialah insan yang kita gelar sebagai ‘SAHABAT’.



X semua kawan kita mampu untuk jadikan sebagai ‘sahabat’.
Tapi semua ‘sahabat’ kita sudah tentu ‘kawan’ kita ^_^ dengan didasari keimanan.
Dia tidak akan bersendirian untuk mencari cinta ALLAH
tapi dia membantu kita untuk mendapatkan dan meraih cinta ALLAH.
NAMUN,
Apalah daya insan itu jika bukan kerana pertolongan Allah Subhana Wa ta’ala.
Kepada Allah jugalah kita akan kembali.

P/S : Terima kasih buat insan yang pernah membantu saya mengenal cintaNYA