HOME

Tuesday, February 25, 2014

Di kala itu, , ,

Abah berbicara :

manusia pun cipta PERATURAN kat jalan raya untuk MENGELAKKAN MUDARAT kepada pengguna jalan dan MEMBERI KEBAIKAN kepada mereka.  Sebab mereka tahu dengaN peraturan itu akan MEMBANTU pengguna jalan raya.


Lalu mengapa kita PERSOALKAN dan menyatakan rasa ‘KOLOT’ dan “TERKONGKONG’ dengan peraturan daripada Allah dalam Islam tentang solat, tutup aurat, berbakti kepada parents dan banyak lagi. Sedangkan Allah bina peraturan tu kerana DIA lebih tahu apa yang terbaik buat kita@hambaNYA kerana DIA yang ciptakan kita…






ANak Bongsu yang dulunya selalu marah & x hormat dengan parents  bersuara :
Maknanya, peraturan yang Allah cipta mesti untuk kita sebagai pengguna  NIKMAT  ALLAH untuk mengelakkan mudarat dan memberi kebaikan kepada kita kat dunia ni kan abah?


Anak sulung yang dulunya pernah terjebak dengan gengsterism  menjawab :
Betul tu adek. Tapi yang bestnya, bukan elak mudharat dan dapat kebaikan di dunia sahaja, tapi  untuk elak mudharat dan dapat 1001 kebaikan dekat akhirat nanti juga.



Abah : ~ tersenyum. Mata mula berkaca, terdiam dan terdetik di hatinya, walaupun hati mereka pernah tergelincir dari jalanNYA tapi usaha mereka sedikit dahulu itulah yang membawa mereka dekat dengan Islam dan Allah. Aku bukan pengubah mereka namun tanggungjawab aku belum selesai. Terjaga dari tidur. . . ~




p/s : PEMBUAT KERETA tahu apa kekurangan dan kelebihan KERETA yang diciptanya, PEMBUAT TELEFON tahu kecanggihan dan keburukan TELEFON yang diciptanya. PEMBUAT KAPAL TERBANG tahu apa kehebatan dan kelemahan KAPAL TERBANG yang dibuatnya.Lalu, adakah PENCIPTA MANUSIA iaitu Allah Azza Wajalla tidak tahu apa KELEMAHAN & KEHEBATAN apa yang diciptaNYA?? Please writer, rethink it b4 argued about it. collapse#

Wednesday, January 22, 2014

Wedding day!! ^_^



Assalamualaikum WBT,
Alhamdulillah setelah setahun menamatkan pengajian PISMP sem1 & 2, sem 3 pun muncul dalam hidup.. setelah lama berhabuk dan bersarang lebah blog ni tanpa dikacau2 oleh tuan empunya blog iaitu X, bukan nama butul2(versi sabah), maka dengan itu, sedaya upayalah  si X ni  menaip& kasi garak2 ni tangan untuk mengepost di blog yang bersarang sudah ni..

21 Disember 2013 bersamaan dengan 19 Safar (kalau x silap) maka terikat lah hati 2 mempelai dengan ijab Kabul yang telah diungkapkan. Tatkala ayah menawarkan cinta puteri mereka dan tanggungjawab sang ayah  kepada si putera yang menanti, dengan lafaz Kabul, si putera bergelar suami.. yang lucunya, c abang 2 kali lafaz.. saya dengar juga butir2 ungkapan Kabul yang ada sedikit getaran (ala,, nervous la tu) hehehe.. BTW, mabruk alaikuma ya akhi wa “ukhti” ,, moga perkhawinan sentiasa di bawah lembayung rahmatnya,,

macam comel jerr,, macam padan jer,, macam sama muka jerr,, ^_^ gigi dorang pun hampir sama. ada taring kecil.. huhu



abang gitau, penat senyum.



gerbang persandingan


6 dara pingitan.. huhu



                                                                              merah oh,,



c kakak macam gumuk di sini. padahal kurus..



cantik baju diorang,, made in kampong,, jahit sendiri oleh adik ipar c abang



pengapit yang lelaki tu pun macam nak kawenn sudah,, hensem pula adik sorang tu. kan cul

Sebelum hari keramat . . .
Abang : X cukup ni
Si X : jadi macam mana la?
Abang : kw tolong buat ya..
Si X : pandai ka saya buat ni? (dalam hati). . . yalah saya try dulu..

Setelah bertungkus lumus (la sangat) menghadap laptop dan kesana kemari(dalam rumah) mencari contoh kad jemputan khawin, maka selesailah tugas saya.. first time buat, tapi nasib baik abang puas hati.. hoho.. malam t uterus print. Alhamdulillah, kerja yg besa2 ja tapi selesai juga dan lagi seronok bila c abang puas hati..  menyiapkan ini sebenarnya..






P/s : khawin tu khawin juga, tapi kena ingat! Married is not just about love! But it’s also about MAKING UMMAH!!,, jadi, generasi ummat Nabi Muhammad SAW adalah kesinambungan dari institusi kekeluargaan. maka pasangan2 halal inilah yang akan mencorakkan generasi itu dan mencorakkan diri serta pasangannya sendiri.opss, pasangan halal tau!!^_^ Allah boleh menggantikan suatu kaum dengan kaum yang lebih baik dengan mudah. Maka pastikan, kita, pasangan halal kita serta generasi (anak2) kita. Kita?? Erhh,, kamu la bagi yang dah berkhawin.. didiklah anak2mu dengan didikan yang boleh membantu mereka KENAL, CINTA & HAYATI mengenai Allah, Rasulullah SAW dan Islam itu sendiri. Moga tali perkhawinan mu menyatukan kamu dengan mawaddah dan rahmat. InsyaALLAH
Orang korea kata, Arosso? (kawan yang ajar) maksudnya faham x? , tapi saya lagi suka kalau dusun yang cakap. Karatiko? Haa,, macam? Ada berani.. macam jepun pun ada..

Baiklah. . .IniKesaHDuLu