P.B.S
PPISMP sem1, sem2, sem3. . . berakhir foundation.Setelah beberapa semester berlalu, Alhamdulillah dengan kudrat yang Allah pinjamkan kpd sy, Berjayalah sy ke alam degree.. pada sem ini, akan ditugaskan untuk melaksanakan PBS.. fuh, hebat juga tugasan ini. Namun, atas nama amanah, sy perlu laksanakan juga. Dengan beberpa rakan lain (ogy, dayang, sy) maka kami mengisytiharkan sekolah yang kami akan pergi.
Welcome to
SK PENAGATAN
Ni lah sekolah yang kami pilih menjadi tempat kami ber’PBS’.. Sekolah yang terletak di daerah keningau (daerah saya juga, Cuma saya tinggl tempat lain).
Sekolah yang indah! Dikelilingi oleh pemandangan yang cantik terletak tidak jauh dari Bandar keningau. Aman damai tanpa sebarang gangguan pencemaran (pencemaran bunyi).
sunyi ~ tenang ~ damai ~ indah~ aman ~
First time datang sekolah ni, saya sangat2 terharu dan rasa syukur sebab melihat sekolah ni. walaupun terletak di kawasan luar bandar (kira luar bndar juga kot) tapi masih ramai pelajar yang hadir ke sekolah dan masih didorong dengan semangat untuk belajar. Walaupun keadaan sekolah sama seperti sekolah saya dulu, tapi semangat mereka tidak luntur untuk memperjuangkan menuntut ilmu.
Belum tengok kepada cigu2.. Masa masuk kelas2 tengok guru2 sana mengajar, wah!! Boleh nampak semangat2 cigu2 sana masa mengajar. Semangat yang menginginkan pelajar2 mereka menjadi pelajar yang cemerlang.
Comel budak2 tahun 1 ni. Dorang sedang belajar b.i
Cigu tu sdg mengajar math kalau x
silap (thn 5)
pelajar ketika di pusat sumber
Namun,
jauh di sudut hati rasa sedih dan terfikir bagaimana keadaan di tempat2 yg
sedang berjuang untuk mempertahankan tempat menuntut ilmu dalam keadaan
peperangan di sana sini.
Palestin ~~~
Cikgu : cikgu akan mengira kehadiran pada hari ini. Tsabit hadir?
Murid : syahid cikgu.
Cikgu : zubair hadir?
Murid : dia dan keluarga dah meninggal ditembak semalam cikgu.
Cikgu : Fatimah hadir?
Murid : dia dah syahid dalam perjalanan ke sekolah tadi cikgu!
MasyaALLAH.. betapa hebat anak2 murid ini. Walaupun insan ini tahu nyawa akan hilang saat kaki melangkah keluar rumah untuk menuntut ilmu, tapi semangat kental menuntut ilmu yg subur dalam diri mereka menyebbkan mereka tidak pernah kenal erti gentar. Hati mereka ada ALLAH, Jiwa mereka ada Al-Quran, akhlak mereka berpaksikan cinta Rasulullah. Lalu, di mana kita?
Tidak
perlu lihat jauh.. mungkin tidak perlu melihat kepada anak murid di sekolah rendah,, Tanyalah
pada diri kita yg kini mungkin berumur 19-23-25-27 ~ ~ ~ ~ Rugilah insan yang tidak memandang nikmat untuk bersungguh2
menuntut ilmu sedangkan di sini (MAlAYSIA) kita sangat merasakan ketenangan (x
perang pun).. namun pilihlah ilmu yang bermanfaat (iaitu ilmu yang apabila kita
pelajari, kita semakin kenal Pencipta kita. Boleh berkorban kerana menuntut
kemahuan Pencipta kita! )
Jiwa seorang
anak murid yang ingin mengetahui dunia luar . .
Jika
inilah jiwa anak2 (jiwa mengkaji kebenaran pada satu hari nanti), pasti
terdidiklah mereka dengan kebenaran yang nyata.. Kebatilan PASTI LEnyap di muka
bumi kerana yang ‘hak’ akan tertegak. .
Beginilah
keadaan pusat sumber yang menjadi nadi kepada pelajar di SK PENAGATAN. Walaupun
pusat sumber ini memiliki ruang yang agak kecil, tapi tempat inilah yang berfungsi untuk
menyediakan sumber2 bcaan kepada pelajar. Pusat sumber di sekolah ini memainkan
peranan penting kepada banyak perkara..
PUSAT SUMBER SK PENAGATAN
Walaupun tempat ini kecil, tapi bagi pelajar di SK PENAGATAN, itulah tempat yang mampu memberikan mereka 1001 ilmu lain selain di kelas. Bagi saya, itulah tempat yang tercantik di sekolah tu.. ruang yang kecil namun masih mampu memberi kan keselesaan kepada kami yang duduk di Pusat Sumber kerana menyedari ruang bilik guru hanya mampu memuatkan guru2 asal sekolah tu. ( tapi best di sini ^_^ )
Alhamdulillah,
bertuah sekolah ni sebab sekolah ni mementingkan fungsi pusat sumber. Rugi ja
kalau ada pusat sumber tapi nda kena guna.. lagi bertuah sekolah ni sebab
memiliki guru yang cekal dan tabah serta sentiasa kreatif dalam menjadikan
pusat sumber ini berfungsi.
PADANG SK PENAGATAN
Walaupun
kekurangan prasarana, tapi betul apa yg lecturer saya cakap, orang luar bandar
ni tahan lasak (saya pun bangga juga sikit2 sbb lahir di luar Bandar dan
dibesarkn di luar Bandar hehe J).. tengok
ja semangt dorg ni mau main masa kami jadi cikgu ganti kelas PJ (kebetulan
cikgu tu pg iring budak pg pertandingan. Cigu tu pelatih dari IPG Keningau yang
sedang praktikum di SK PENAGATAN)
Semangat
yang masih mahu bersukan walaupun padang terdedah dengan bahaya, tapi bagi anak
pelajar ni, pdang botak atau basah pun dorang x kisah, asalkan boleh main (tetiba teringat
kampung).
Terpaksalah pelajar perempuan ni ikut kehendak lelaki yang mahu main bola sepak. Yg bertudung tu membantah x mw main bola sepak. Yg sorg lg tu beria2 pula,, pelajar llaki kata pelajr perempuan pendek rambut tu mmg suka benda lasak.
ni masa buat kajian
yang ni murid prasekolah. agak pendiam dan pemalu orangnya
ni murid tahun 6. agak macho juga tapi pemalu sikit.
Setelah masuk di alam sekolah ni dengan memegang satu amanah sebagai insan yang bergelar guru (insyaALLAH), saya dapat merasakan beban tanggungjawab walaupun belum mula mengajar pun.. betullah kata para alim, seorang doctor yang x dapat merwat seorang pesakit hanya akan merosakkan seorang pesakit, namun apabila seorang guru x mampu merawat murid2nya, maka rosak 1 generasi. Allahurobbi~Bagaimana nak hadapi andai amanah sebagai seorang guru saya abaikan lebih2 lagi dlam menjadikan anak murid kenal kepada pencipta kerana di dunia kini RAMAI PENGAJAR TAPI SIKITNYA PENDIDIK..
Sejuk perut ibu mengandung tatkala melihat anak soleh berbudi
pekerti,
Sejuk hati seorang guru tatkala mengenangkan pelajar berjaya dunia ukhrawi.
nukilanbuattukangtaipyangakanmelupakan




No comments:
Post a Comment